Dalam hutan gelap aku berlari, mahluk serigala jadian tu terus mengejar dari belakang. Rupanya, agak mengerikan. Bergigi tajam. AKU semakin nervous.....tenagaku makin kureng. Adakah aku bakal menjadi mangsa seterusnya? Hanya Tuhan saja yang tahu. Betapa TAKUTNYA aku....
Kaki aku tersadung akar kayu dan aku terjatuh bagaikan buah nangka bunuh diri.
Cuba untuk bangun.
AKU dapat merasakan.
ADA benda berbulu.
Betul-betul di hadapan aku.
Deru nafasnya, Gigi taringnya, Matanya.
Semuanya hanya beberapa inci dari muka aku.
"Miauuuu....." Ngiauan manjanya berdesing dalam telingaku.
Miau? AIK?!?
Lokasi: Atas Katil
Masa: 3.45 pagi...Burung Hantu night shift time nie.
Cuaca: Sejukkkkk....brrr....dan sunyi.
Mood: ARGHHHHH!!!!!
Situasi 1
Syahrulz (bukan nama sebenar) tersentak dari tidurnya selepas mengalami mimpi ngeri. Yang pastinya, bukan Mimpi Moon atau Mimpi Laila atau Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Disusuli juga dengan sindrom terkejut beruk kerana menyedari MASIH ada mahluk berbulu di hadapan mukanya walau mimpinya sudah berakhir. "What The F*****KKKK!!!! WaRGHHHH!!!!!", teriakan Syahrulz yang ukurannya melebihi 3000 Desibel telah menganggu-gugat ketiduran rakan-taulannya dan penghuni-penghuni bilik lain. Anak Kucing Siam sedang bergurau-senda dengan hidung dan rambut Syahrulz yang mungkin dirasakan alat permainan.
Rumusan:
Syahrulz bukannya salah satu daripada alat permainan kucing yang dijual di kedai haiwan peliharaan "The Pet Zone". MUNGKIN satu-satunya di dunia ini. One of da kind.
Lokasi: Dalam Bilik C108
Masa: 3.49 pagi. Gila kau....3.49 pagi pok!!! (Pok: perkataan 'Beb' versi Sarawak)
Cuaca: Sejuk tahap dingin beku. Sejukk...aku rasa macam nak selsema pulak.
Mood: Hantu betul!!!! kenapa mesti aku???!!??? Kenapa?!!???
Situasi 2
" Kau nie.....aku JADIKAN KAU SUP EKOR!!!! NAKKK TAKK?!? HAH!!? JAWAB LA!! JAWABBB!!!", Syahrulz mencekik leher Anak Kucing Siam itu sehingga menyebabkan ia meronta-ronta kesakitan. "ikkkkk....!!", hanya itu yang keluar dari mulut kucing tersebut. Sesak nafas. Lemas. "Oiiii!!".
PANG!!! Syahrulz ditempeleng lembaga hitam berbulu lebat...eh...Mohd Fairul (bukan nama sebenar). Terasa bergegar kepala otaknya bagai dilanda tsunami. Dia pitam sementara. Tak apa, Panadol Menstrual ada.
Rumusan:
Kajian Makmal Kesihatan Zimbabwe membuktikan bahawa, kucing-kucing glamer seperti GARFIELD, ALONG, HELLO KITTY, SYLVESTER the CAT, FELIX dan TOM (and Jerry) pasti akan jadi sup ekor sekiranya berhadapan dengan situasi yang serupa. Terima Kasih.
Lokasi: Masih Di Dalam Bilik C108....eh...takde tempat yang lagi best ke?
Masa: 4.00 pagi...ZzzZzzZZZ....krohh!
Cuaca: emm....tak tau ler...tak nampak kat luar tu....gelap sangat. eh...mata apa tu?!? merah....
Mood: Z...ZZzzzZZ....krohhhh!!! (tidak diketahui)
Situasi 3
Mohd Fairul berdiri tegak di hadapan Syahrulz persis menyanyikan "Negaraku".
"Dah gila ke...? dah ler terpekik...terlolong pagi-pagi buta. Cekik kucing aku pulak tu. Mati la anak kucing tu nanti....sapa mok bayar?!?", dia memarahi Syahrulz bagaikan si bapa memarahi anak jirannya. Anak Kucing Siam tersebut dilepaskan. Terhoyong-hayang sedikit . Macam minum Carlsberg 50 botol. Syahrulz merenung anak kucing tersebut. Rasa macam nak Kame Hame Ha dari belakang dibuatnya. "Kucing kau...kurungkan dia!!", arah Syahrulz. Beliau bukannya seorang Pengarah malah tiada ciri-ciri layak untuk menjadi Pengarah filem biru.
Rumusan:
Super Saiya Son Goku, Syahrulz, Anak Kucing Siam, Carlsberg, Pengarah Filem Biru. Mereka semua tidak pernah menghadiri Majlis Persandingan Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestari apatah lagi Majlis Akad Nikahnya sekali.
Lokasi: Bilik C108...boring la...apa kata pergi Bilik Mayat pas nie.....baru gory sikit.
Masa: 4.15 pagi.
Cuaca: Dekat luar sana gelap-gelita. Kau ingat aku boleh tahu segala-galanya?
Mood: Tidur terganggu.
Situasi 4
Mohd Fairul tidak menghiraukan arahan Syahrulz sebaliknya membelai-belai Anak Kucing Siamnya. "Cayang tak apa-apa ke?",katanya kepada kucing itu. "Mesti Cayang sakit tadi kan? Kecian Cayang...jahat Syahrulz tu kan? lain kali, cakar muka dia sampai tak kenal...baru padan ngan muka dia", tambahnya lagi. Syahrulz amat geram dengan respon yang diberikan, mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya dengan perasaan geram. "kau nie....kan?...HIII....GERAMNYA AKU!!!!!". Dia memeluk bantal bucuknya yang bau tahap Police Gaban.
"Chilako punya kucing...tunggu la biar ada peluang....nanti kau...grrr...siap kau..ZzzzZZzzzZZZzz..krohh...krohhh" bebelnya seorang diri hingga tertidur. Mohd Fairul mendodoikan Anak Kucing Siam itu tidur dengan lagu-lagu dari pelbagai kompilasi dan genre. Antaranya, Sweet Child O Mine, Chop Suey, Boulevard Of Broken Dreams, In The Ayer, Barbie Girl, Bengawan Solo dan tak lupa juga Dendang Perantau. Semuanya dinyanyikan dengan nyaring sekali tanpa mempedulikan alam sekeliling.
Rumusan:
Bantal busuk kepunyaan Syahrulz, sekiranya direndam dalam baldi selama 2 bulan. Air rendaman itu bole MENYELAMATKAN pesakit-pesakit jiwa jika diminum dengan sedikit milo dan susu.......................errrr.... SELAMAT dikebumikan.
(aikk...belum abis ke???)
Next adventure....to be continue.