Thursday 26 January 2012

Ini Bukan Kisah Benar (Episod #2 edited version)

"Bwahahahhahaha..!!hahaharghh...!!!huhahahahraghh...!!hahahhahaha!!!! Hihihihihi...hahahhaaha!!"
Alarm handphone itu mengejutkan aku. Itu tanda bermulanya hari aku yang baru...

yang suwey......

Lokasi: Bilik C108
Masa: 6.30 pagi
Cuaca: Redup...You know la....Matahari baru nak terbit...
Mood: Opocot! Mak kau!!

Situasi 1

Syahrulz tergezut mendengar suara orang tergelak. Dia tahu suara itu bukan gelak biasa. Bukan gelak Pontianak atau The Joker lakonan Mendiang Heath Ledger. Bukan juga gelak Makcik Semah yang jaga cafeteria atau pakcik guard yang digeletek kenangan silam. Tapi, bunyi penggera jam handphone. Menyuruh beliau untuk bangun dan mandi serta turun ke kelas. "Ish....dah pagi ke?...apasal cepat sangat pagi nih...", rungut Syahrulz  sendirian. "Bwahahahhaha....!! hahahhahahharghh!!..huhuhahahahhahaa...!!" bunyi penggera itu semakin bingit sehingga memecahkan gegendang telinga. Syahrulz cuba mencari handphonenya, dibawah bantal....tapi tiada. "Bawah katil kot?", bisik dia kepada bantalnya. Dia meraba-raba atas lantai, dengan mamai. Dia ternampak sesuatu. Sedang bergerak-gerak beberapa meter dari katilnya. Walaupun kabur, Syahrulz tahu itu adalah Anak Kucing Siam.

Rumusan:
Sekiranya pagi-pagi buta anda terdengar handphone Syahrulz tergelak. Itu Perkara Biasa. Sekiranya pagi-pagi buta anda terdengar Syahrulz pula yang tergelak. Hati-hati. Itu Luar Biasa.

Lokasi: Atas katil dengan dibawah katil. Bilik C108
Masa: 6.35 pagi
Cuaca: Pagi yang gelap dan semakin terang. Aku adik mu dan engkau abang. eh....lain jer.
Mood: Air Pasang Pagi surut pukul 5.....

Situasi 2

"Mana handphone aku nie..?" bisik Syahrulz dalam hati. Sambil tangannya meraba-raba di bawah katil. Akhirnya, dia berjaya mencapai sesuatu. Bukannya handphone. "Eh? Apa nie..? Lembik ajer..."Syahrulz mengangkat 'benda' itu. Diamatinya dengan penuh teliti. Sedikit basah, berwarna coklat, dan baunya yang sungguh 'harum' bagaikan aromaterapi. Ternyata benda itu tak lain tak bukan, taik Anak Kucing Siam yang disemadikan khas dibawah katil Syahrulz. Tanda terima kasih dari kucing itu. "WHAT THE F****KKKK?!?!? WARGHHHH!!!!" sekali lagi jeritan tanpa insurans dari Syahrulz memecah kesunyian pagi. Seperti orang gila, dia membaling taik kucing itu ke arah 'kilang taik kucing' itu (Anak Kucing Siam). Sepantas kilat kucing itu mengelak. Akhirnya, terkena kasut dia sendiri. "aaakk...kasut aku! tak guna kau kucing!" Syahrulz jadi tension.

Rumusan:
Kucing kalau dah berak, mesti pandai kambus balik dengan tanah. Manusia kalau berak, (di tandas awam) tak pandai pulak nak flush (segelintir). Sapa lebih bijak? hmmm...

Lokasi: Atas katil. lagi Atas....lagiii...atas....atas sikit. Bilik C108
Masa: 7.00 pagi....bangun oiii!!!
Cuaca: dah terang...jom kita jogging2.
Mood: Rasa macam nak pukul orang ajer....grrr...(dialog GIANT)

Situasi 3

"Wargh....enaknya tido...." Mohd Fairul mengeliat. Sambil mengosok-gosok matanya, memerhatikan sekeliling. Dilihatnya Syahrulz sedang memberus kasutnya dengan sabun. "Aik? Apa kau buat tu Syahrul?" tanya Mohd FairulSyahrulz diam saja dan meneruskan aktiviti pemberusan kasut itu. Memandangkan respon yang agak kurang memberangsangkan dari Syahrulz, dia membuat keputusan untuk mandi. Mohd Fairul terjun dari katil tingkat atas dengan gaya terjun tiruk atau gaya bebas. Menyebabkan katil itu bergoyang dengan kuat sehingga baju-baju Syahrulz yang digantung di tepi katil terjatuh. Mohd Fairul tidak menyedari perkara ini terus masuk ke dalam bilik mandi. "Hampaih punya Fairul....ada ke dibiarnya baju aku jatuh. Dah ler baru lepas seterika..." leter Syahrulz berinspirasikan seorang nenek tua. Dia mengangkat baju-baju itu dan menyedari ada sesuatu yang ditimpa baju-baju tersebut. "Taik Kucing lagiiii?!! Arghh!!!!!FAIRULLLLL!!!!!!!!!"

Rumusan:
errr....betul punya suwey la pagi tu.....geram betul aku... eh? Apa aku cakap nie? hehehe!

Lokasi: Berdekatan kampus College (bla! bla! bla!)
masa: 8.15 pagi.....aku tengok jam guard pagar tadi.
Cuaca: Semakin terik....I mean panas.
Mood: Malas aku nak layan! huh!

Situasi 4

Dalam perjalanan ke kelas, Syahrulz dan Mohd Fairul langsung tak bertegur-sapa. Masing-masing bermasam muka. Freddy (bukan nama sebenar) dan Abang Hafis( juga bukan nama sebenar) pening kepala dengan karenah mereka berdua bagai anjing dengan tulang (eh?). "Durian!! Tunggu! mau ke mana ko laju sangat bha tu. Slow sikit bha!" Melinda (bukan nama sebenar) memanggil dari kejauhan. "sapa jual durian kat sitok (sini)? " tanya Freddy dengan Syahrulz. "Durian yang dia maksudkan tu...akulah...Ngok!" Syahrulz membongokkan Freddy secara spontan.
"Morning!! Kelas Animasi start pukul berapa, Durian?" tanya Melinda. "Pukul 9.30..." jawab Syahrulz ringkas. "Kalo macam tu, kita breakfast dulu bha, jom. Lapar perut saya ne. Nanti cacing masuk susah nanti." Tambah Melinda lagi. Entah apa kena-mengena perut lapar dengan cacing. Selalunya, masuk angin. Macam Kuaci gak, masuk angin. "Okay ." kata Syahrulz. Lalu mereka semua berjalan berpimpinan tangan menuju ke cafeteria yang berdekatan. (macam pelik ajer)

Rumusan:
"Bandar Serian Sarawak, terkenal dengan duriannya. Aku ada jumpa sebijik durian gergasi di tengah bandar Serian...aku panjat ke atas buah durian tu dan ambik kapak untuk membukanya, nak rasa. last-last, pihak berkuasa tangkap aku dan dibawa ke balai polis ni...tak tau apa sebabnya.", Kata pengunjung X kepada pengunjung Y di luar Balai Polis Serian.

Semakin memeningkan...

Will be upcoming next, the last episode?...mungkin tidak? (sila rujuk episode 1 dan 2 kalau tak paham)
To be continue....
"rock....rock...rock...uhuk2"

No comments:

Post a Comment

Twitter

twitstamp.com