Thursday 26 January 2012

Ini Bukan Kisah Benar (Episod #2 edited version)

"Bwahahahhahaha..!!hahaharghh...!!!huhahahahraghh...!!hahahhahaha!!!! Hihihihihi...hahahhaaha!!"
Alarm handphone itu mengejutkan aku. Itu tanda bermulanya hari aku yang baru...

yang suwey......

Lokasi: Bilik C108
Masa: 6.30 pagi
Cuaca: Redup...You know la....Matahari baru nak terbit...
Mood: Opocot! Mak kau!!

Situasi 1

Syahrulz tergezut mendengar suara orang tergelak. Dia tahu suara itu bukan gelak biasa. Bukan gelak Pontianak atau The Joker lakonan Mendiang Heath Ledger. Bukan juga gelak Makcik Semah yang jaga cafeteria atau pakcik guard yang digeletek kenangan silam. Tapi, bunyi penggera jam handphone. Menyuruh beliau untuk bangun dan mandi serta turun ke kelas. "Ish....dah pagi ke?...apasal cepat sangat pagi nih...", rungut Syahrulz  sendirian. "Bwahahahhaha....!! hahahhahahharghh!!..huhuhahahahhahaa...!!" bunyi penggera itu semakin bingit sehingga memecahkan gegendang telinga. Syahrulz cuba mencari handphonenya, dibawah bantal....tapi tiada. "Bawah katil kot?", bisik dia kepada bantalnya. Dia meraba-raba atas lantai, dengan mamai. Dia ternampak sesuatu. Sedang bergerak-gerak beberapa meter dari katilnya. Walaupun kabur, Syahrulz tahu itu adalah Anak Kucing Siam.

Wednesday 25 January 2012

Ini Bukan Kisah Benar (Episod #1 edited version)


Dalam hutan gelap aku berlari, mahluk serigala jadian tu terus mengejar dari belakang. Rupanya, agak mengerikan. Bergigi tajam. AKU semakin nervous.....tenagaku makin kureng. Adakah aku bakal menjadi mangsa seterusnya? Hanya Tuhan saja yang tahu. Betapa TAKUTNYA aku....
Kaki aku tersadung akar kayu dan aku terjatuh bagaikan buah nangka bunuh diri.

Cuba untuk bangun.
AKU dapat merasakan.
ADA benda berbulu.
Betul-betul di hadapan aku.
Deru nafasnya, Gigi taringnya, Matanya.
Semuanya hanya beberapa inci dari muka aku.
"Miauuuu....." Ngiauan manjanya berdesing dalam telingaku.
Miau? AIK?!?

Lokasi: Atas Katil
Masa: 3.45 pagi...Burung Hantu night shift time nie.
Cuaca: Sejukkkkk....brrr....dan sunyi.
Mood: ARGHHHHH!!!!!

Situasi 1

Syahrulz (bukan nama sebenar) tersentak dari tidurnya selepas mengalami mimpi ngeri. Yang pastinya, bukan Mimpi Moon atau Mimpi Laila atau Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Disusuli juga dengan sindrom terkejut beruk kerana menyedari MASIH ada mahluk berbulu di hadapan mukanya walau mimpinya sudah berakhir. "What The F*****KKKK!!!! WaRGHHHH!!!!!", teriakan Syahrulz yang ukurannya melebihi 3000 Desibel telah menganggu-gugat ketiduran rakan-taulannya dan penghuni-penghuni bilik lain. Anak Kucing Siam sedang bergurau-senda dengan hidung dan rambut Syahrulz yang mungkin dirasakan alat permainan.

Rumusan:

Syahrulz bukannya salah satu daripada alat permainan kucing yang dijual di kedai haiwan peliharaan "The Pet Zone". MUNGKIN satu-satunya di dunia ini. One of da kind.

Lokasi: Dalam Bilik C108
Masa: 3.49 pagi. Gila kau....3.49 pagi pok!!! (Pok: perkataan 'Beb' versi Sarawak)
Cuaca: Sejuk tahap dingin beku. Sejukk...aku rasa macam nak selsema pulak.
Mood: Hantu betul!!!! kenapa mesti aku???!!??? Kenapa?!!???

Situasi 2

" Kau nie.....aku JADIKAN KAU SUP EKOR!!!! NAKKK TAKK?!? HAH!!? JAWAB LA!! JAWABBB!!!", Syahrulz mencekik leher Anak Kucing Siam itu sehingga menyebabkan ia meronta-ronta kesakitan. "ikkkkk....!!", hanya itu yang keluar dari mulut kucing tersebut. Sesak nafas. Lemas. "Oiiii!!".
PANG!!! Syahrulz ditempeleng lembaga hitam berbulu lebat...eh...Mohd Fairul (bukan nama sebenar). Terasa bergegar kepala otaknya bagai dilanda tsunami. Dia pitam sementara. Tak apa, Panadol Menstrual ada.

Rumusan:
Kajian Makmal Kesihatan Zimbabwe membuktikan bahawa, kucing-kucing glamer seperti GARFIELD, ALONG, HELLO KITTY, SYLVESTER the CAT, FELIX dan TOM (and Jerry) pasti akan jadi sup ekor sekiranya berhadapan dengan situasi yang serupa. Terima Kasih.

Lokasi: Masih Di Dalam Bilik C108....eh...takde tempat yang lagi best ke?
Masa: 4.00 pagi...ZzzZzzZZZ....krohh!
Cuaca: emm....tak tau ler...tak nampak kat luar tu....gelap sangat. eh...mata apa tu?!? merah....
Mood: Z...ZZzzzZZ....krohhhh!!! (tidak diketahui)

Situasi 3

Mohd Fairul berdiri tegak di hadapan Syahrulz persis menyanyikan "Negaraku".
"Dah gila ke...? dah ler terpekik...terlolong pagi-pagi buta. Cekik kucing aku pulak tu. Mati la anak kucing tu nanti....sapa mok bayar?!?", dia memarahi Syahrulz bagaikan si bapa memarahi anak jirannya. Anak Kucing Siam tersebut dilepaskan. Terhoyong-hayang sedikit . Macam minum Carlsberg 50 botol. Syahrulz merenung anak kucing tersebut. Rasa macam nak Kame Hame Ha dari belakang dibuatnya. "Kucing kau...kurungkan dia!!", arah Syahrulz. Beliau bukannya seorang Pengarah malah tiada ciri-ciri layak untuk menjadi Pengarah filem biru.

Rumusan:
Super Saiya Son GokuSyahrulzAnak Kucing SiamCarlsbergPengarah Filem Biru. Mereka semua tidak pernah menghadiri Majlis Persandingan Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestari apatah lagi Majlis Akad Nikahnya sekali.

Lokasi: Bilik C108...boring la...apa kata pergi Bilik Mayat pas nie.....baru gory sikit.
Masa: 4.15 pagi.
Cuaca: Dekat luar sana gelap-gelita. Kau ingat aku boleh tahu segala-galanya?
Mood: Tidur terganggu.

Situasi 4

Mohd Fairul tidak menghiraukan arahan Syahrulz sebaliknya membelai-belai Anak Kucing Siamnya. "Cayang tak apa-apa ke?",katanya kepada kucing itu. "Mesti Cayang sakit tadi kan? Kecian Cayang...jahat Syahrulz tu kan? lain kali, cakar muka dia sampai tak kenal...baru padan ngan muka dia", tambahnya lagi. Syahrulz amat geram dengan respon yang diberikan, mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya dengan perasaan geram. "kau nie....kan?...HIII....GERAMNYA AKU!!!!!". Dia memeluk bantal bucuknya yang bau tahap Police Gaban.
"Chilako punya kucing...tunggu la biar ada peluang....nanti kau...grrr...siap kau..ZzzzZZzzzZZZzz..krohh...krohhh" bebelnya seorang diri hingga tertidur. Mohd Fairul  mendodoikan Anak Kucing Siam itu tidur dengan lagu-lagu dari pelbagai kompilasi dan genre. Antaranya, Sweet Child O Mine, Chop Suey, Boulevard Of Broken Dreams, In The Ayer, Barbie Girl, Bengawan Solo dan tak lupa juga Dendang Perantau. Semuanya dinyanyikan dengan nyaring sekali tanpa mempedulikan alam sekeliling.

Rumusan:
Bantal busuk kepunyaan Syahrulz, sekiranya direndam dalam baldi selama 2 bulan. Air rendaman itu bole MENYELAMATKAN pesakit-pesakit jiwa jika diminum dengan sedikit milo dan susu.......................errrr.... SELAMAT dikebumikan.

(aikk...belum abis ke???)
Next adventure....to be continue.

Saturday 14 January 2012

Ini Bukan Kisah Benar (Episod #0 edited version)

Heran aku.
Pepagi lagi mamat nie dah keluar. Aku nak pesan belikan Mee Kolok Goreng pun tak sempat.

Lokasi: Pasar Satok
Masa: Hari Sabtu, Sekitar 8.30 pagi waktu tempatan
Cuaca: Awan berarak kelabu asap.
Mood: Chilake punyer taik anjing....abis kasut baru aku!

Situasi 1

Mohd. Fairul (bukan nama sebenar) membeli seekor anak kucing siam dan Ros Thailand. Dia mengambil keputusan untuk membela kedua-duanya. Pada pendapatan beliau, membela kedua-dua benda hidup ini boleh menghilangkan stress dan merupakan suatu kaedah terapi. Akan tetapi, rakan-rakan sebilik beliau tidak menyedari hal ini. Malah, belum pasti lagi mereka setuju dengan kehadiran kedua-dua benda hidup ini. Anak Kucing Siam dan Ros Thailand.

Rumusan: 
Anak Kucing Siam dengan Ros Thailand tiada sebarang ikatan talisilatulrahim biarpun sama-sama benda hidup.

Lokasi: Dalam Bas berhenti-henti
Masa: Hari Sabtu, Pukul 10 agaknya...
Cuaca: Hujan ler sikit. Ala...tak demam pun.
Mood: Mana mee kolok goreng nih? Tak sampai-sampai. Aku dah lapar...

Situasi 2

Mohd Fairul tersenyum sendirian di tempat duduk dalam bas. Disebelahnya ada sangkar. Ada anak kucing siam yang tak kurang comelnya. Ada bau. Ada ngiauan. Miau!  Miau! Miau!
 Berkumandang di setiap sudut dalam bas. Mengganggu ketenteraman awam. Penumpang lain berasa rimas dengan ngiauan anak kucing tersebut. Sesekali terdengar istilah-istilah mencarut terbit dari mulut insan-insan di hadapan Mohd Fairul. Biarkan. Biarkan.


Rumusan:
Anda boleh melayari laman web rasmi anak kucing siam di www.akupunyerpasal.com.my untuk download mp3 berbayar Ngiauan Tanpa Limit.

Lokasi: Depan pintu bilik C108, Kolej (bla!bla!bla!)
Masa: Hari Sabtu, Pukul 11.30 pagi
Cuaca: Hujan rintik-rintik yang menjurus ke arah Hujan Lebat cats and dogs.
Mood: Lapar dan tension! Boleh tak jangan kacau aku?!?

Situasi 3

Mohd Fairul berdiri di depan pintu bilik C108. Tangan kanannya memegang sangkar dan sebelah kiri memegang pasu. Kalau adik bijak bestari, cuba teka apa bendanya? Eh...silap. Syahrulz (bukan nama sebenar) rakan sebiliknya, menatap kedua-dua benda asing yang dibawa Mohd Fairul ke bilik. Ternyata, keduanya tidak boleh dimakan hidup-hidup mahupun tidak hidup. "Mana Mee Kolok Goreng aku ?!?" satu pertanyaan berfrekuensi tinggi dari Syahrulz. Mohd Fairul tergezut seketika dan membalas pertanyaan itu dengan pertanyaan. "Ada kau pesan? Tak dengar pun?".Syahrulz menyedari hakikat ini dan berasa amat malu kerna bertindak melulu.

Rumusan: 
Tidak diketahui samada Anak Kucing Siam dan Ros Thailand memahami atau tidak perbualan antara Mohd Fairul dengan Syahrulz kerana itu bukan hal mereka.

Lokasi: Dalam bilik C108, Kolej (hm....)
Masa: Hari Sabtu, 11.45 pagi kot...eh. kau ada handphone kan? tengok la sendiri!
Cuaca: Hujan Lebat. Aniiii...angkat kain jemoran...hujan dah turoooonn......
Mood: Aku dah lapar gila baby nie...pokemon betul la...

Situasi 4

Mohd Fairul meletakkan kedua-dua benda hidup (Anak Kucing Siam dan Ros Thailand) itu di suatu sudut yang agak selesa bagi mereka, atas katil Syahrulz. "Hoiiii!! Letak bawah! Letak bawah!! katil aku tu...dah hilang akal?!?" Satu arahan yang agak berbudi-bahasa dan bercirikan adat ketimuran ikhlas dari Syahrulz ditujukan kepada Mohd Fairul. "Yelah....yelah...aku letak bawah. Kau nie emo sangat la.." Mohd Fairul bertindak mengikut arahan. Hari itu mereka berdua bertengkar disebabkan oleh Anak Kucing Siam dan Ros Thailand. Kerana undang-undang hostel tidak membenarkan pelajarnya menternak kucing atau apa-apa haiwan peliharaan yang memudaratkan kesucian bilik.

Rumusan:
Sekiranya didapati bersalah, Anak Kucing Siam boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati di bawah Akta Aku Tidak Bersalah, Kurungan 1, Sekyen 20.

(semakin mengarut)
Next? To Be Continue...

Tuesday 10 January 2012

The Chronicles Of Kuchings (Episod 0)


Sape yang tak kenal ngan Bandaraya Kuching? Cuba tanya kat Johnny Depp, Justin Bieber, Angelina Jolie, Brad Pitt, Pak Mail, Wong King Kong, Kak Limah Kampung Pisang, Makcik Senah Kantin kat Peringgit,
Doraemon....mesti diorang buat ekspresi wajah seposen and blur tanda tak tahu-menahu...hehehe
Kuching letaknya di negeri Sarawak, Malaysia Timur. Ibu negeri Sarawak...
Bandaraya yang kaya dengan pelbagai etnik seperti Iban, Melayu, Cina, India, Bidayuh, Melanau, Kenyah, Penan, Kelabit, Kedayan dan banyak lagi etnik-etnik lain yang tak dapat dinyatakan kat sini sebab tak cukup ruang.
Bandaraya Kuching ini selalu jugak dikaitkan dengan mahluk comel bernama Kucing...tapi tahukah korang dari mana ia mendapat nama "Kuching" tu? Yaaaa...sudah tentulah dari kucing itu sendiri...hehehe!


Ceritanya macam nie;
Pada zaman dahulu, ada sorang lelaki bernama Shahrul (bukan nama sebenar)...dia nie suka gila ngan kucing. Asal nampak kucing jer, mesti dia nak tangkap & belai-belai jer, tak kira ler kucing apa pun, kucing siam, kucing parsi, kucing kurap, kucing garong, kucing goreng, kucing Garfield, kucing ALONG, kucing Doraemon ke...tak kisahlah. Asal namanya kucing. Kadang-kadang tu, kucing yang dia jumpa kat tepi jalan...boleh pulak dia bawa balik rumah. Akhirnya, rumah dia dibanjiri dengan kucing-kucing sampai rumah dia dah macam 'Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals' (SSPCA) pulak aku tengok....hehehe! Boleh dikatakan kat mana-mana ajer kucing-kucing dia lepak, bawah katil, atas sofa, atas kipas, dalam peti ais, tepi oven, dalam wallet, celah-celah rumput, di sebalik lembaran buku-buku, dalam spender...bahkan dalam hati ada taman pun ada jugak. Masyallah...punya la banyak kucing dalam rumah dia, sampai nak ke tandas pun susah sebab ada kucing menetap kat dalam mangkuk tandas.


Suatu hari, Shahrul dapat SMS dari Opahnya yang bertulis ;
"Cu, i wan u help me 2 kait2 durian fruit ds strday. Opah vry2 hungry, lm x mkn durian. Da sky is vry high, my hand x take it, x sampai. plz. text n poke me bck in FB xoxoxo..Opahmu." 


Shahrul rasa serba-salah, nak balik ke tak. Risau mengenangkan kucing-kucing takde sapa yang nak jaga...lalu dia dapat satu idea. Shahrul terus ke kedai WonderPet untuk membeli cat food 4-5 bungkus, dengan pasir tiruan untuk kucing-kucing tersebut menunaikan hajat. Setelah mendapatkan semua barang-barang yang diperlukan, Shahrul terus balik ke home sweet homenya, dengan harapan kucing-kucing tersebut berpuas hati dengan bekalan makanan etc tu nanti. Keesokan harinya, Shahrul terus balik ke kampungnya El Desprado dengan tergesa-gesa dan hanya memakai tuala mandi (kes terlupa nak pakai baju). Hampir dekat seminggu Shahrul berada di kampungnya menjadi hamba-abdi Opahnya, kerjanya mengait buah durian ajer. Tapi, Opahnya tak penah nak pelawa dia makan sekali, pasal Opahnya nak bedal sorang-sorang. Kesiannnnn...


Dalam kesibukan Shahrul menolong Opahnya, dia tak menyedari yang kucing-kucingnya hampir kebuluran setelah berhari-hari tak makan. Ternyata Shahrul terlupa sesuatu, dia hanya membeli bekalan makanan kucing-kucingnya itu tapi membiarkan kucing-kucing membuka paketnya sendiri. Bongok ke ape Shahrul nie...mana la kucing-kucing reti nak buka paket cat food tu...menyeksa haiwan namanya tu...(Apakah yang akan terjadi pada kucing-kucing tersebut...? jawapannya dalam SAMBUNGAN dalam episod akan datang...hehehe!)

Sunday 8 January 2012

A Lesson For The Lady


A woman was cooking herself a breakfast of fried eggs. Suddenly, her husband burst in to the kitchen.

  "Careful...," he said, "Careful! Put in some more butter! Oh my gosh! You're cooking too many at once. Wayyyyy...too many! Turn them! Turn them. Turn them now!...Okayyy..we need more butter. Oh my gosh! Where are we going to get the butter? They're going to stick! Careful...CAREFUL!!! I said be careful!!! You never listen to me when you're cooking! Never! Turn them. Hurry up, will you?!! Are you crazy or have you lost your mind?!!....aha...that's it. Dont' forget to salt them. You always forget to salt them. Use the salt! USE THE SALT! THE SALT! You have to use the salt right now!!!!!" (+_O)

  The bemused woman stared at her husband. "What in the world is wrong with you?" she asked.(O_o) "You think I don't know how to fry a couple of eggs? hmpph!!" (>_. The husband calmly replied, "I just wanted to show you what it feels like when I'm driving."

Thursday 5 January 2012

Berakhirnya Embun Pagi (siri 0#)

Malas nak masuk rumah balik, aku buat keputusan merayau di pasar...pasar apa-apa la pun...
pasar ikan, pasar sayur, pasar raya, pasar minggu...janji namanya bermula dari pasar...bukannya berakhir dengan pasar seperti 'Denpasar'.

sedang aku berjalan...terserempak la dengan orang tua nie...
"nak...beli kuih nak...kuih karipap....kuih cakoi...kuih gelang....kuih batik...kuih-muih...kueh tiaw goreng....bla!bla!bla!"
entah ler...bila orang tua nie nak abis promote kuih-kuih yang memang takde senarai dalam view aku terhadap bakul kuih beliau. (bahasa dalam)
dah ler gigi pun jarang-jarang...berbuih-buih pulak tu...pasti meloyakan tekak sapa-sapa ajer yang melihatnya...
tapi...perut mengatakan kepada aku...."I'm Hungry....." lantas...

"pakcik....berapa harga kuih nie pakcik?"
orang tua tu diam sebentar dan memandang ke dalam bakul kuih-muih yang kononnya hot dan cool...

aku menunggu sambil mencapai dompet dari poket aku.

agak lama jugak orang tua tu tunduk meneliti kuih-muihnya...diam dan tenang.

"pakcik...berapa harga kuih cakoi nie pakcik?" aku mula hilang sabar disebabkan masa yang diambil terlalu lama.

"eh!? maafkan pakcik nak...
pakcik tertidur tadi..."

AIK? apahal siap bole tidur berdiri orang tua nie? betul ke tak betul nie...?

"er semuanya ada 73 bijik nak...jap pakcik kira lagi...takut salah"
eh...? orang tua nie...orang tanya harga...bukan suruh kira...dah ler pekak....badak pulak tu...
(jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita oi!)

"pakcik, saya beli kuih cakoi nie...berapa harga?"
"seikhlas hati nak....PAKCIK NIE TAK BERAPA NAMPAK....BUTA sejak kecik..."
emm....?!? aku rasa curiga. tapi kesian pun ada. bercampur-baur.

"betul ke nie pakcik?"
"betullll....bayar la berapa pun janji ikhlas...."  "betul nie?"
"TANG BAYAR JAK SIA!!" (*slang Sarawak- Nak bayar, bayar ajelah!)
okey...
aku mencapai not RM50 dan menghulurkan kepada ORANG TUA BUTA tu...
"pakcik ambik ni....buat belanja...simpan baik-baik"

"terima kasih nak...tuhan ajer yang dapat balas budi baik anak..."
bercucuran air matanya sambil membelek-belek not RM50 itu...
aku tersenyum. sambil mencapai kuih cakoi tersebut.
"EH? 50 ringgit?!...banyak sangat nie nak...tapi takpe la pakcik simpan buat belanja...terima kasih lagi ye nak...?"
kata orang tua tu sambil berlalu meninggalkan aku dengan kuih cakoi yang baru aku 'beli'. terpinga-pinga macam PINGU sendirian.

WHAT THE HELL?!?....

(Morale: janganlah mencari untung dengan menipu orang lain....hmmm...)

Twitter

twitstamp.com