Tuesday 10 January 2012

The Chronicles Of Kuchings (Episod 0)


Sape yang tak kenal ngan Bandaraya Kuching? Cuba tanya kat Johnny Depp, Justin Bieber, Angelina Jolie, Brad Pitt, Pak Mail, Wong King Kong, Kak Limah Kampung Pisang, Makcik Senah Kantin kat Peringgit,
Doraemon....mesti diorang buat ekspresi wajah seposen and blur tanda tak tahu-menahu...hehehe
Kuching letaknya di negeri Sarawak, Malaysia Timur. Ibu negeri Sarawak...
Bandaraya yang kaya dengan pelbagai etnik seperti Iban, Melayu, Cina, India, Bidayuh, Melanau, Kenyah, Penan, Kelabit, Kedayan dan banyak lagi etnik-etnik lain yang tak dapat dinyatakan kat sini sebab tak cukup ruang.
Bandaraya Kuching ini selalu jugak dikaitkan dengan mahluk comel bernama Kucing...tapi tahukah korang dari mana ia mendapat nama "Kuching" tu? Yaaaa...sudah tentulah dari kucing itu sendiri...hehehe!


Ceritanya macam nie;
Pada zaman dahulu, ada sorang lelaki bernama Shahrul (bukan nama sebenar)...dia nie suka gila ngan kucing. Asal nampak kucing jer, mesti dia nak tangkap & belai-belai jer, tak kira ler kucing apa pun, kucing siam, kucing parsi, kucing kurap, kucing garong, kucing goreng, kucing Garfield, kucing ALONG, kucing Doraemon ke...tak kisahlah. Asal namanya kucing. Kadang-kadang tu, kucing yang dia jumpa kat tepi jalan...boleh pulak dia bawa balik rumah. Akhirnya, rumah dia dibanjiri dengan kucing-kucing sampai rumah dia dah macam 'Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals' (SSPCA) pulak aku tengok....hehehe! Boleh dikatakan kat mana-mana ajer kucing-kucing dia lepak, bawah katil, atas sofa, atas kipas, dalam peti ais, tepi oven, dalam wallet, celah-celah rumput, di sebalik lembaran buku-buku, dalam spender...bahkan dalam hati ada taman pun ada jugak. Masyallah...punya la banyak kucing dalam rumah dia, sampai nak ke tandas pun susah sebab ada kucing menetap kat dalam mangkuk tandas.


Suatu hari, Shahrul dapat SMS dari Opahnya yang bertulis ;
"Cu, i wan u help me 2 kait2 durian fruit ds strday. Opah vry2 hungry, lm x mkn durian. Da sky is vry high, my hand x take it, x sampai. plz. text n poke me bck in FB xoxoxo..Opahmu." 


Shahrul rasa serba-salah, nak balik ke tak. Risau mengenangkan kucing-kucing takde sapa yang nak jaga...lalu dia dapat satu idea. Shahrul terus ke kedai WonderPet untuk membeli cat food 4-5 bungkus, dengan pasir tiruan untuk kucing-kucing tersebut menunaikan hajat. Setelah mendapatkan semua barang-barang yang diperlukan, Shahrul terus balik ke home sweet homenya, dengan harapan kucing-kucing tersebut berpuas hati dengan bekalan makanan etc tu nanti. Keesokan harinya, Shahrul terus balik ke kampungnya El Desprado dengan tergesa-gesa dan hanya memakai tuala mandi (kes terlupa nak pakai baju). Hampir dekat seminggu Shahrul berada di kampungnya menjadi hamba-abdi Opahnya, kerjanya mengait buah durian ajer. Tapi, Opahnya tak penah nak pelawa dia makan sekali, pasal Opahnya nak bedal sorang-sorang. Kesiannnnn...


Dalam kesibukan Shahrul menolong Opahnya, dia tak menyedari yang kucing-kucingnya hampir kebuluran setelah berhari-hari tak makan. Ternyata Shahrul terlupa sesuatu, dia hanya membeli bekalan makanan kucing-kucingnya itu tapi membiarkan kucing-kucing membuka paketnya sendiri. Bongok ke ape Shahrul nie...mana la kucing-kucing reti nak buka paket cat food tu...menyeksa haiwan namanya tu...(Apakah yang akan terjadi pada kucing-kucing tersebut...? jawapannya dalam SAMBUNGAN dalam episod akan datang...hehehe!)

No comments:

Post a Comment

Twitter

twitstamp.com